AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
Mon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
Mon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
Wed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
Wed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
Sat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

Share | 
 

 Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1430H

Go down 
AuthorMessage
Nurhani



Number of posts : 14
Points : 17
Reputation : 3
Registration date : 2008-05-18

PostSubject: Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan   Sat 21 Mar 2009, 8:25 am

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

Oleh :Prof. Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS
Back to top Go down
View user profile
Nurhani



Number of posts : 14
Points : 17
Reputation : 3
Registration date : 2008-05-18

PostSubject: selawat   Tue 10 Mar 2009, 4:41 pm

Selamat menyambut dan mengingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad shallahu 'alaihi wasallam.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita, semoga Allah melimpahkan kesejahteraan buat baginda.

Marilah kitani ramai-ramai berselawat ke atas baginda, mengingati perjuangan baginda dan mudah-mudahan mendapat taufiq dan hidayah Allah serta mendapat syafaat dari baginda.

Selawat yang diajarkan baginda ialah selawat Ibrahimiah. Selain dari atu ada jua selawat yang dikarang oleh para alim ulama salaf, baik diamalkan seperti selawat tafrijiah, naariah dan selawat syifa'.

Smile lapas liat cerita anak betung, mesti inda mis ikut sama mengalunkan selawat syifa'. walaupun lafaznya barmacam2 tapi maknanya tetap sama.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1430H   Mon 02 Mar 2009, 12:16 pm

Salam Sejahtera atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W dan ahli keluarga baginda.

Marilah sama-sama kita membanyakkan selawat dan melakukan amalan sunnah yang dituntut dalam Islam dengan meninggalkan larangan dan jauhi perkara-perkara bid'ah.

Marilah kita menumpukan tatacara membuktikan cinta kita kepada baginda rasulullah S.A.W dengan menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia yang membawa kepada perpecahan ummah.

Sering kita mendengar isu-isu kecil yang dibesar-besarkan mempersoalkan ibadah dan amalan bahkan meninggalkan suruhan berselawat. Alangkah baiknya kita meneruskan suruhan Allah dengan berselawat ke atas baginda dengan cara yang terbaik atau yang betul dan tidak bersalahan dengan akidah.

Apapun masalahnya , marilah kita balik semula kepada tujuan berselawat tersebut disamping tidak mengabaikan isi kandungan selawat tersebut.

Sama-samalah kita mengamalkan selawat yang telah diajarkan oleh baginda rasulullah S.A.W iaitu Selawat yang dibaca ketika Tasyahud dalam sembahyang.

Mudahan kita beroleh manfaat dan kelebihan daripada Allah.
Back to top Go down
View user profile http://hewar.forumotion.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1430H   

Back to top Go down
 
Sambutan Maulidurrasul S.A.W 1430H
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: mari kita berbincang-
Jump to: