AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
Mon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
Mon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
Wed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
Wed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
Sat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

Share | 
 

 Ahli bidaah dan anti Hadis

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: Ahli bidaah dan anti Hadis   Sun 31 Jan 2010, 11:27 am

Antara ciri-ciri ahli bidaah dan ajaran menyeleweng ialah:
Dicatat oleh Abu Umair.

1) Tidak menyenangi ilmu hadis.
Ia adalah ciri terpenting mana-mana kumpulan ajaran sesat dan ahli bidaah. Mereka amat fobia dengan firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam. Manakan tidak, fakta dari dua sumber inilah yang akan membongkar temberang dan pembohongan ahli bidaah. Mereka akan kelu dan kaku jika cuba berhujah di hadapan kitab-kitab hadis.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H)
meriwayatkan bahawa Abu Nasr bin Sallam Al-Faqih berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi kumpulan yang menyeleweng dan paling dibenci oleh mereka selain daripada mendengar hadis dan meriwayatkannya dengan sanad”.

Al-Hakim (wafat: 404H) dalam kitab
Makrifah Ulum al-Hadis menceritakan bahawa Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Ishaq Al-Faqih berdebat dengan seorang lelaki. Apabila Syeikh menyebut, “Telah meriwayatkan kepada kami oleh si Fulan…”, lantas lelaki tersebut berkata, “Tinggalkan sahaja periwayatan. Sampai bila masih mahu menggunakan periwayatan?”. Syeikh tersebut kemudian menghalau lelaki tersebut dari rumahnya.

2) Memusuhi dan memperlekahkan ahli hadis.
Ahli bidaah dan sesat bukan setakat membenci ilmu hadis, malah tidak menyenangi ulama yang tutur katanya dihiasi “Firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”. Kerana ahli hadis lah benteng kepada kemurnian ajaran Islam.

Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H) berkata, “Tanda ahli bidaah ialah mencela terhadap ahli hadis”.

Ahmad bin Sinan Al-Qattan berkata,
“Tidak ada ahli bidaah di atas dunia ini kecuali dia membenci ahli hadis. Apabila seorang lelaki membuat bidaah, akan tercabut dari hatinya kemanisan hadis”.

Al-Hakim (wafat: 404H) menyebut di dalam kitab Makrifah Ulum Al-Hadis, “Beginilah kami mengenali samada ketika perjalanan atau ketika menetap, bahawa setiap orang yang dinisbahkan kepada menyeleweng dan bidaah akan memandang hina terhadap
‘Thoifah Mansurah’ (Ahli Sunnah)”.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) menegaskan, “Tanda paling jelas kumpulan ahli bidaah ialah terlalu membenci terhadap mereka yang membawa hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, serta mereka memperlekehkan golongan ini”.

3) Melabelkan Ahli Sunnah dengan pelbagai gelaran. Antara gelaran-gelaran yang sering bermain di bibir ahli bidaah ialah menuduh Ahli Sunnah sebagai ‘Musyabbihah’.

Ishaq bin Rahuyah (wafat: 238H) berkata: “Tanda Jahm dan pengikut-pengikut mereka ialah: mereka mendakwa ke atas Ahli Sunnah Wal Jamaah serta celaan bohong bahawa mereka (Ahli Sunnah) adalah musyabbihah”.

Kata Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H): “Tanda Jahmiyyah ialah mereka menamakan Ahli Sunnah sebagai Musyabbihah”.

Selain gelaran Musyabbihah, ahli bidaah sering menggelarkan ahli sunnah sebagai ‘Hasyawiyyah’ dan ‘Zahiriyyah’ sebagaimana disebut oleh Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H).

Malah Imam Bukhari sendiri pernah dilabelkan sebagai ‘Hasyawiyyah’ oleh ahli bidaah. Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala, Imam Zahabi menyebut bahawa Al-Shahib (wafat: 385) seorang berfahaman Syiah dan Muktazilah disebut kepadanya nama Imam Bukhari. Lalu beliau berkata, “Siapa Bukhari? Hasyawi yang tidak boleh
dirujuk kepadanya”.

Demikian perangai ahli bidaah dari dahulu sampai sekarang, melabelkan ahli sunnah dengan pelbagai gelaran.

4) Melampau dalam kepercayaan.
Antara ciri-ciri ajaran yang menyeleweng ialah melampau dalam satu-satu
kepercayaan. Sikap melampau sangat ditegah dalam Al-Quran dan Sunnah.
Sesatnya Kristian adalah kerana sikap melampau mereka terhadap Nabi Isa
Alaihissalam. Nabi Isa, hamba Allah yang bertaraf Rasul diangkat mereka
sebagai Tuhan yang disembah.

Sikap seperti inilah yang ada pada banyak ajaran-ajaran songsang. Mengangkat guru-guru dan syeikh-syeikh mereka melebihi had yang sebenar. Menganggap guru mereka mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada anak-anak muridnya. Ada yang percaya guru mereka boleh bertolak ansur dengan Tuhan dalam hal-hal ajal dan maut. Paling aneh lagi melucukan, setiap kumpulan ini menganggap guru mereka
lah wali paling tinggi tarafnya di zamannya. Pelbagai gelaran diberikan, Sahibuzzaman, Sultan Awliya, Wakil Tuhan, dan macam-macam.

5) Guru yang mengaku bahawa dia Wali Allah.
Ada sesetengah ajaran kebiasaannya ajaran tarekat, gurunya secara
terang-terangan mengaku bahawa dia adalah Wali Allah. Yang lebih hebat,
jika ditambah lagi dengan kelebihan-kelebihan lain seperti dilantik sebagai Wakil Allah, atau Orang Allah.

Kalau kita tahu apa makna wali yang sebenar, nescaya kita tidak akan mempercayai individu yang mengaku bahawa dia wali. Wali adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah Taala. Orang yang benar-benar bertaqwa tidak akan sekali-kali
mengangkat dirinya dan mengaku bahawa dia paling bertaqwa. Mengaku wali
bererti mengaku ketinggian taqwanya kepada Allah.

Allah berfirman, maksudnya:

“Maka jangan kamu memuji diri kamu sendiri, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa”. (Al-Najm: 32)

6) Berhujah menggunakan mimpi guru.
Oleh kerana ajaran Quran dan Sunnah tidak mungkin memihak kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat, mereka terpaksa mencari helah lain bagi
mengaburi mata para pengikut. Antaranya berhujah dengan mimpi.

Berhujah dengan mimpi tanpa merujuk kepada syariat menjadi sebab kesesatan. Abdul Aziz bin Nashir Al-Jalil berkata, “Hendaklah bersikap jaga-jaga dengan permainan syaitan terhadap manusia dalam mimpi waktu tidur. Betapa ramai individu malahan kumpulan menjadi sesat dengan sebab mimpi”.

Hendaklah kita meyakini bahawa syariat Islam sudah sempurna dan lengkap. Tidak berhajat kepada penambahan melalui mimpi mana-mana wali atau wakil Tuhan. Malahan, seluruh ulama bersepakat bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam.

7) Menganggap guru mereka tidak melakukan dosa. Atau dengan kata lain guru mereka maksum, seperti para Nabi.

Lihat bagaimana Syiah Rafidhah mempercayai bahawa imam-imam mereka yang 12 orang adalah manusia maksum, tidak melakukan dosa. Kepercayaan seperti ini menunjukkan kesesatan mereka.

Begitu juga sesetengah ajaran tarekat yang menyifatkan guru mereka sebagai tidak berdosa. Tidak berani menggunakan perkataan ‘Maksum’ yang khas bagi para Nabi, mereka mencipta istilah lain, iaitu ‘Mahfuz’. Hakikat dan maksudnya sama iaitu
mengangkat guru setaraf dengan Nabi Sallallahu Alahi Wasallam.

Imam Malik bin Anas (wafat: 179H)
berkata, “Setiap orang diambil kata-katanya dan ditolak. Kecuali empunya kubur ini (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam)”.

Demikian beberapa ciri-ciri untuk mengenali ahli bidaah dan ajaran menyeleweng. Semoga dengan mengenali sifat-sifat mereka, kita akan lebih berjaga-jaga apabila bertemu dengan kumpulan seperti ini. Mudah-mudahan Allah Taala menyelamatkan akidah dan pegangan kita daripada diperdaya oleh musuh-musuhNya.
Back to top Go down
View user profile http://hewar.forumotion.com
 
Ahli bidaah dan anti Hadis
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MILLION - MAN PROTEST OVER ANTI-ISLAM FILM
» Anti-Tank Mines Stolen fromFreight Train
» PRO AND ANTI-MCCANNS ON TWITTER
» 4th Light Anti- Aircraft Regiment RCA
» Canadian made anti-gas brassard

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: pengetahuan melalui bacaan-
Jump to: