AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak
AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak
AD-DIN NASIHAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyWed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptySun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyWed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyWed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyWed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyWed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptySun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyWed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
10 tahun pertama terdedah perceraian EmptySat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

 

 10 tahun pertama terdedah perceraian

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

10 tahun pertama terdedah perceraian Empty
PostSubject: 10 tahun pertama terdedah perceraian   10 tahun pertama terdedah perceraian EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm

Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan musim kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Halid Sintol, Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.

Othman juga memberitahu, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan kepada ibu bapa yang sudah tua.

Katanya, perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil.

Menurut Othman, rumah tangga yang kucar kacir juga mewujudkan anak-anak atau keluarga yang rendah jati diri dan lemah harga diri.
Back to top Go down
https://hewar.forumotion.com
 
10 tahun pertama terdedah perceraian
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Menjelang Tahun baru

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: pengetahuan melalui bacaan-
Jump to: