AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak
AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak
AD-DIN NASIHAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyWed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptySun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyWed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyWed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyWed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyWed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptySun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyWed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptySat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

 

 Sesi dimulai bacaan al-Quran

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

Sesi dimulai bacaan al-Quran Empty
PostSubject: Sesi dimulai bacaan al-Quran   Sesi dimulai bacaan al-Quran EmptyMon 15 Nov 2010, 12:24 pm

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 14 Nov. – Sesi persekolahan harian peringkat rendah dan menengah di negeri ini akan dimulakan dengan pembacaan al-Quran oleh seluruh warga sekolah selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, ia bagi menyuburkan al-Quran dalam jiwa generasi muda dalam usaha mengimbangi kecemerlangan akademik dan kemajuan pembangunan sahsiah.

“Kita mahu, walau di mana mereka berada dan apa yang dilakukan dan dicapai pada masa depan, pegangan agama akan menjadi sandaran dalam kehidupan.

“Ia sebahagian daripada pendekatan melestarikan pendidikan terbilang yang diberikan penekanan serius,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dengan memulakan sesi pembelajaran dengan bacaan al-Quran dengan dipandu oleh ustaz, ia akan memberikan ketenangan emosi dalam menimba ilmu yang menjadi tuntutan agama.

Menurut Razali, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

“Bagi kelompok kecil pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan,” katanya.

Malah pendekatan baru itu diharap dapat disusuli dengan majlis khatam pada penghujung tahun di setiap sekolah kelak.

Selain itu katanya, pihak jabatan juga memutuskan semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan dan kursus akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid mulai tahun depan.

Katanya, ia tidak lagi diadakan di hotel atau resort yang semakin menjadi amalan meluas selama ini.

“Saya yakin tempat yang paling baik dalam usaha membangunkan sahsiah pelajar adalah masjid dan sekali gus ia turut membantu mengimarahkan institusi berkenaan.

“Umumnya masjid di negeri ini besar dan indah, malah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat dimanfaatkan dan pihak jabatan telah mendapat kerjasama jawatankuasa-jawatankuasa masjid,” tegas beliau.

Katanya, ia juga dapat membantu menyemaikan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap rumah ibadat itu termasuk bersama-sama membersih dan mengindahkan persekitaran.

Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos dan peruntukan lebihan boleh disalurkan kepada pelaksanaan program dengan pendekatan berkesan.
Back to top Go down
https://hewar.forumotion.com
 
Sesi dimulai bacaan al-Quran
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Reasons why a scientist believe

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: Pendidikan dan pelajaran :: Bakal Guru-
Jump to: