AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak
AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak
AD-DIN NASIHAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
Interest/Riba? EmptyMon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
Interest/Riba? EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Interest/Riba? EmptyWed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
Interest/Riba? EmptyMon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
Interest/Riba? EmptySun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
Interest/Riba? EmptyWed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
Interest/Riba? EmptyWed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Interest/Riba? EmptyMon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
Interest/Riba? EmptyWed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
Interest/Riba? EmptyMon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Interest/Riba? EmptyWed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
Interest/Riba? EmptySun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
Interest/Riba? EmptyWed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Interest/Riba? EmptyMon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
Interest/Riba? EmptySat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

 

 Interest/Riba?

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Bungsu




Number of posts : 1
Location : Dunia yang berputar
Points : 0
Reputation : 0
Registration date : 2009-01-03

Interest/Riba? Empty
PostSubject: Interest/Riba?   Interest/Riba? EmptySat 03 Jan 2009, 7:52 pm

Salam, hopefully soalan ani dibuat dalam forum yang betul. If salah sila move k, boss? A very simple question needs a brief answer not too detail because with low knowledge I get even more confuse if reading too much info atau buat summary saja at the end, I'll read that part Smile

Soalan saya, adakah wang bunga dari bank dikategorikan sebagai riba? If we say money interest, instantaneously we say it's riba. Ada dlm ceramah ani, bunga tiap bulan dalam bank atu mesti di'buang' katanya. Bank Islam buangkan untuk tani kah tu? mcm TAIB potongkan zakat. So ada apa dengan saving account or bond yang bulan or tahun? we apply because we want to get 'interest' from it, don't we?

Sekian, terima kasih.
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

Interest/Riba? Empty
PostSubject: Beza Riba/interest dengan hibah/pemberian   Interest/Riba? EmptySat 03 Jan 2009, 10:55 pm

Dalam pengurusan akaun secara Islam, suasananya adalah berbeza sama sekali, dimana semua pelanggan yang menyimpan wang di Islamic Akaun Islam ini boleh memilih sama ada ingin menggunakan:-

a) Akaun Simpanan atas asas Wadi’ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);

Dalam kontrak ini, pihak bank akan memastikan semua jumlah wang simpanan pelanggan adalah sentiasa selamat dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bagi memanfaatkan dan menanggung kos pengurusan simpanan ini, pihak pengurusan Bank-bank Islam biasanya akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan pelaburan yang halal sahaja, tetapi pihak Bank akan menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wangnya pada bila-bila masa serta akan menanggung segala kerugian jika berlaku. Sebagai menghargai pelanggan yang menyimpan wang ini sehingga membolehkan pihak Bank menjalankan operasi ekonomi dan perniagaan Islam, maka jika terdapat untung, pihak Bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada penyimpan sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanapun jumlah dan kadar hibah adalah terpulang kepada budibicara bank sepenuhnya, cuma ia mungkin berubah-ubah menurut prestasi pelaburan yang dibuat oleh Bank. Sekiranya hasil pelaburan menggalakkan, maka kebiasaannya penyimpan akan di beri “hibah” yang agak baik. Jika pelaburan mengalami kerugian, pihak penyimpan tidak akan mendapat sebarang hibah, wang simpanan mereka juga tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana :-

Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa risiko hasil pelaburan. Jumlah dan kadar hibah adalah sepenuhnya terpulang kepada budi bicara bank. Bagaimanapun, biasanya pihak bank akan memberikan kadar hibah yang tinggi sedikit jika keuntungan diperolehi, demi menggalakkan minat pelanggan.Bank juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan. Justeru bank tidak teraniaya sama sekali berbanding Bank Konvensional.Tiada sebarang Riba terbabit di dalam akaun ini dan semua pelaburan yang dibuat adalah setelah dipastikan memenuhi kehendak Shariah.

b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung):
Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah simpanan yang menggunakan konsep Mudharabah. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti “ Akaun Pelaburan Umum Mudarabah” atau “Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah” atau “ Akaun Semasa Mudarabah”.

Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Justeru semua “Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.

RHB Islamic Bank Berhad sebagai contoh, cukup tegas dalam memastikan semua simpanan yang diperolehi akan digunakan dan dilaburkan ke dalam urusniaga atau syarikat yang benar-benar selamat menurut Shariah.
Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-
i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)
ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )

Pengamalan akaun di Perbankan konvensional amat berbeza, yang mana ia tidak terikat dengan konsep Shariah, lalu mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek penerimaan Shariah atau tidak.
Selain itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akaun Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar “indicavtive Rates” atau “kadar andaian dan ramalan” dan bukannya kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.


Beza Akaun Islam Dan Konvensional Dalam Konteks Semasa
( Artikel ini telah di terbitkan di Akhbar Metro Ahad 4 Jun 2006 )
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

nanti membuat ringkasan ....terima kasih
Back to top Go down
https://hewar.forumotion.com
 
Interest/Riba?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Riba Kontemporari Dalam Penggunaan Kad Kredit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: Panduan :: Panduan :: Kewangan Islam-
Jump to: