Bercakap mengenai pakaian rasanya ada yang inda mahu meneruskan perbualan takut menyinggung mana-mana pihak yang terasa.
Pihak Lelaki akan biasanya dikaitkan dengan pemakaian topi Haji atau kupiah sebagai imej agama atau ada pendidikan agama kerana sudah dilatih semasa disekolah atau diasrama dan persekitaran yang cenderong kepada pemakaian topi. Masalahnya masyarakat kita lebih dahulu menghukum kita sama ada bisai atau inda , baik atau tidak sesuai dengan tidak memakai kupiah tambahan kita-kita yang balik dari Mesir ani..Harap masyarakat kita satu hari nanti akan lebih open-minded menerima seadanya dan bukan pakaian yang perlu ditunjukan bahkan ilmu dan akhlak yang mulia jua yang menghiasi peribadi seorang Muslim tersebut.
Pihak perempuan , saya tak perlulah komen kerana bersama saya dalam member diskusi ani bukan jua sebarangan orang,mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas memberikan pandangan.
Disebabkan pakaianlah yang menghiasi badan, dan pakaianlah yang menutupi keaiban makanya pakaian juga sangat penting menampilkan peribadi Muslim dan muslimah yang baik dan cantik.
Tambahan lagi mempunyai akhlak yang sangat terpuji umpama bilik yang dihiasi dengan perabut yang indah, bunga-bunga yang harum dan pelbagai warna ,warna yang menarik ,pendek kata sedap mata memandang sejuk hati menatapnya.
Wassalam